● Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.
●Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindak balas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.
●Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.
●Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli. Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami arti cinta sebenarnya.
●Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.
●Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahwa dia telah jatuh cinta kepada seseorang.




